Raja Isteri Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam

Pulau Keinggaran @ Kaingaran

Is your surname Sultan Muhammad Kanzul 'Alam?

Connect to 33 Sultan Muhammad Kanzul 'Alam profiles on Geni

Raja Isteri Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

Raja Isteri Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam

Also Known As: "Raja Isteri Noralam", "Muratun", "Noralam"
Birthdate:
Death:
Place of Burial: Makam Besar Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan
Immediate Family:

Daughter of Sultan Muhammad Kanzul 'Alam (Sultan Brunei ke21: 1807-22) and Pg Isteri Pg Anak Saleha binti Pengiran Anak Kasim
Wife of Sultan Muhammad Jamalul 'Alam I [Sultan Brunei ke-20, April-Nov 1804]
Mother of Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II [Sultan Brunei ke-23, 1828-1852]; [3] Puteri Sultan Muhammad Jamalul Alam I and Pg Muda Muta Alam ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam I
Sister of Pg Babu Simpul binti Sultan Muhammad Kanzul Alam and Pg Anak Puteri Seri Banum binti Sultan Muhammad Kanzul Alam
Half sister of Pg Babu Jubaidah binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Pg Bendahara Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Pg Anak Badaruddin ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Pg Muda Muhammad Ahad ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam; Pg Muda Mohammad Tajuddin and 17 others

Managed by: Ishak ( Pehin ) Hj.Abd.Hamid
Last Updated:

About Raja Isteri Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam

Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa @ Muratun atau lebih dikenali dengan Raja Isteri Noralam adalah puteri kepada Al-Marum Sultan Muhammad Kanzul 'Alam [Sultan Brunei ke-21, 1807-1822] dengan pasangan baginda Pg Anak Saleha. Pg Anak Puteri Noralam telah berkahwin dengan sepupu sekali beliau iaitu Sultan Muhammad Jamalul 'Alam [Sultan Brunei ke-20, 1804] dan dinobatkan menjadi Raja Isteri Pg Anak Puteri Nuralam Muratunnisa berputerakan Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II [Sultan Brunei ke-23, 1828-1852]. Ketika Sultan Muhammad Jamalul Alam I mangkat mengejut pada tahun 1804, memandangkan putera baginda (Pg Muda Besar 'Omar 'Ali Saifuddin) belum cukup umur maka takhta Kesultanan Brunei untuk sementara diampu oleh Paduka Seri Begawan Sultan Muhammad Tajuddin iaitu ayahanda mertua kepada Al-Marhumah. Kemudian selepas dua tahun, baginda Sultan Muhammad Tajuddin pun mangkat dan takhta diserahkan kepada adinda baginda iaitu Pg Digadong Ayah menjadi Sultan Muhammad Kanzul 'Alam. Ketika inilah Pg Muda Muhammad 'Alam (kekanda sulung kepada Raja Isteri Pg Anak Puteri Noralam) sebagai calon pewaris takhta Kerajaan Brunei.

Selama itu, Raja Isteri Nor Alam berusaha mengekalkan hak puteranya untuk menjadi Sultan. Raja Isteri Noralam berjaya menentang pihak yang cuba mengenepikan Pg Muda Omar Ali Saifuddin dengan menghalang perpuspaan ayahanda beliau sendiri iaitu Sultan Muhammad Kanzul 'Alam. Pada tahun 1826, Pg Muda Muhammad Alam pun naik takhta dan digelar Sultan Muhammad Alam @ Raja Api. Menurut cerita, Raja Isteri Nor Alam memberi peluang kepada kekanda baginda untuk keluar dari Brunei atas sebab-sebab tertentu dan jika membantah Raja Isteri Nor Alam akan perintahkan hukum bunuh kepada baginda. Terdapat sesetangah sumber mendakwa bahawa Sultan Muhamamad Alam dikatakan zalim. Baginda akhirnya telah digulingkan oleh golongan Raja Isteri Noralam dan dihukum kujut di Pulau Chermin sebelum tahun 1827. Raja Isteri Noralam bersama anakandanya Pg Muda Besar 'Omar 'Ali Saifuddin dijaga rapi oleh orang kanan baginda raja isteri dan mereka terpaksa menetap di Pulau Keingaran untuk menghindari pertumpahan darah yang ketika itu sangat tegang hubungan di antara adik-beradik Raja Isteri Noralam. Ini termasuk keluarga Pg Bendahara Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam dan keluarga Pg Anak Muhammad Yusof ibni Sultan Muhammad Tajuddin. Disebutkan juga dalam sejarah iaitu pada 15 Februari 1826 pada masa itulah sekalian rakyat keluar mengikut Raja Isteri Noralam dan puteranya Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin berangkat ke Pulau Keingaran. Maka bersebab daripada keteguhsetiaan rakyat mengikut Raja Isteri Noralam dan Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin berangkat ke Pulau Keingaran itu menjadikan pihak putera-putera Sultan Muhammad Kanzul 'Alam seperti Pg Muda Hashim murka kepada Pg Anak Muhammad Yusof, yang disangka oleh mereka menghasut orang ramai berbuat perkara sedemikian. Perselisihan dan salah faham inilah yang menjadi punca kepada perbelahan di antara Pg Muda Hashim dengan Pg Anak Muhammad Yusof.

Pernah diriwayatkan, pada masa Raja Isteri Noralam menjadi penasihat putera baginda Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin (kemudian menjadi Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II), Raja Isteri Noralam telah melantik Pehin Jawatan Dalam Awg Abdul Munaf menjadi penasihat. Lantikan ini adalah terbit daripada keprihatinan Raja Isteri Noralam sendiri, kerana baginda sendiri terasa bahawa kedudukan takhta putera baginda yang masih kecil itu sedang menghadapi masalah, lebih-lebih lagi adinda baginda Pg Muda Marak Berapi (Sultan Muhammad 'Alam) itu mempunyai pengaruh dalam pemerintahan ayahanda baginda Sultan Muhammad Kanzul 'Alam. Pemilihan Pehin Jawatan Dalam Awg Abd Munaf menjadi penasihat Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin ini, dibuat oleh Raja Isteri Noralam adalah berpandukan kepada bahawa keluarga Pehin Jawatan Dalam Awg Abd Manaf itu terdiri daripada orang berpengetahuan dan bijak dalam pentadbiran, kuat dan gagah berani, malah ketaatsetiaannya terhadap raja dan tanah air bulat tanpa diragukan. Antara mereka itu ialah Awg Abdul Ghafor, Pehin Bendahari Awg Serail, Penglima Awg Othman, Awg Leman, dan lain-lain. Dengan kata lain, lantikan Pehin Jawatan Dalam Awg Abd Munaf itu selaku penasihat Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin, adalah untuk mengimbangi keadaan dan kedudukan politik dalam kalangan keluarga Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin waktu itu. Sungguhpun kedudukan Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin dalam kegelisahan, tetapi azam Raja Isteri Noralam dalam memantapkan takhta puteranya itu selaku Sultan yang sah adalah teguh dan mantap kerana Keris Si Naga (Royal Dagger) yang menjadi lambang kerajaan itu masih dipegang oleh Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin. Tambahan pula keluarga Pg Digadong Pg Anak Muhammad Tajuddin ibni Sultan Muhammad Jamalul 'Alam, dan orang-orang Kg. Sungai Kedayan berdiri teguh menyembahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Raja Isteri Noralam dan Pg Muda Omar Ali Saifuddin (kemudian Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II).

Raja Isteri Noralam mempunyai adik beradik seibu sebapa dengan Pg Babu Simpul manakala adik beradiknya yang berlainan ibu adalah Sultan Muhammad 'Alam, Pg Muda Pasar, Pg Muda Hasan, Pg Bendahara Pg Muda Hashim, Pg Muda Muhammad, Pg Anak Badruddin, Pg Anak Jalaluddin, Pg Anak Ismail, Pg Muda Muhammad Ahad, Pg Anak Muhammad Tajuddin, Pg Anak Abdul Kadir, Pg Anak Marsala, Pg Anak Jaafar, Raja Perempuan Pg Anak Puteri Hadiah, Pg Anak Puteri Siti Mariam, Pg Anak Puteri Seri Banun, Pg Anak Puteri Siti Khadijah, Pg Anak Fatimah, Pg Babu Jubaidah dan tidak diketahui nama puteri/isteri kepada Pg Muda Anak Bahar.

والله أعلمُ


1) H.H. Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Putri Nur Alam Murat un-nisa [Muratun] (d/o Saleha). m. H.H. Al-Wasik Malik ul-Alam Paduka Sri Sultan Muhammad Jamal ul-Alam I ibni al-Marhum Sultan Muhammad Taj ud-din, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam (d. at Brunei, 10th November 1804, bur. there at the Royal Mausoleum, Jalan Khutbah Makam Di-Raja), son of H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad Taj ud-din ibni al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saif ud-din, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, by his first wife, H.H. Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Bulan, daughter of Duli Pangiran di-Gadong Sahib ul-Mal ul-Mulk ul-Adli Pangiran Anak ‘Abdu’l. She had issue, one son and one daughter.

Reference: [http://www.royalark.net/Brunei/brunei8.htm]

view all

Raja Isteri Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam's Timeline