Pg Bendahara Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam

Is your surname ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam?

Connect to 22 ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam profiles on Geni

Pg Bendahara Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

Pg Bendahara Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam

Also Known As: "Raja Muda Hashim / Sultan Muda Hashim"
Birthdate:
Birthplace: Brunei (Brunei Darussalam)
Death: after 1844 (Self-immolation suicide)
Immediate Family:

Son of Sultan Muhammad Kanzul 'Alam (Sultan Brunei ke21: 1807-22) and Pg Anak Salama @ Salmah binti Pg Seri Rama
Husband of Pg Babu Norsalam binti Pg Shahbandar Abdul Wahab and Pg Anak Sarbanun binti Pg Shahbandar Pg Anak Abdul Wahab
Father of Pg Muda Besar Chuchu Pg Muda Hashim; Pg Anak Besar binti Pg Muda Hashim; Pg Muda Abd Gapor; Pg Muda Tengah Ismail ibni Pg Bendahara Pg Muda Hashim; Pg Laki Badruddin ibni Pg Bendahara Pg Muda Hashim and 2 others
Brother of Pg Anak Badaruddin ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Pg Muda Muhammad Ahad ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam; Pg Muda Mohammad Tajuddin; Pg Anak Jaafar ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam; Pg Bendahara Pg Muda Muhammad @ Digantisan ibni Sultan Muhammad Kanzul ‘Alam and 3 others
Half brother of Pg Babu Jubaidah binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Raja Isteri Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Pg Babu Simpul binti Sultan Muhammad Kanzul Alam; Pg Anak Puteri Seri Banum binti Sultan Muhammad Kanzul Alam; Awang Salleh and 11 others

Occupation: Bendahara
Managed by: Siti Hawa Mahmood
Last Updated:

About Pg Bendahara Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam

Pg Muda Hashim adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Muhammad Kanzul Alam [Sultan Brunei ke-21, 1807-1822] dengan pasangan baginda Pg Anak Salama. Pg Muda Hashim ini semasa hayatnya, diarak menjadi Pg Bendahara ketika pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin II, yang merupakan anak saudara kepada beliau. Bonda kepada Sultan Omar Ali Saifuddin II ini adalah kekanda kepada Pg Muda Hashim, iaitu Raja Isteri Noralam (Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa). Di Sarawak beliau termasyhur dengan nama Raja Muda Hashim. Semasa hayatnya beliau merupakan seorang yang mengamalkan diplomasi yang tulen. Beliau pernah dihantar ke Kuching, Sarawak bagi mengamankan pemberontakan masyarakat Sarawak yang diketuai oleh Datu Patinggi Ali tetapi gagal. Kegagalan ini menyebabkan Pg Muda Hashim meminta bantuan James Brooke namun ditolak oleh James Brooke kerana tidak mahu masuk campur dengan isu pentadbiran negara Sarawak. Apabila James Brooke hendak pulang ke negaranya (Britain), beliau singgah ke Sarawak maka barulah James Brooke menyetujui untuk membantu Pg Muda Hashim dengan beberapa syarat. Dengan kelengkapan yang cukup lengkap, James Brooke telah berjaya mengawal pemberontakan di Sarawak dan akhirnya atas nama perjanjian yang telah dimeterai antara Pg Muda Hashim dan James Brooke akhirnya pada tahun 1841, James Brooke telah diangkat menjadi Gabenor Sarawak.

Disebutkan, apabila Pg Indera Mahkota dititahkan ke Sarawak menjadi gabenor atau pentadbir Sarawak bagi pihak Sultan itu, Pg Anak Muhammad Yusof ibni Sultan Muhammad Tajuddin turut juga berangkat bersama-sama ke Sarawak, tetapi sering berulang-alik ke Brunei. Setiap kali perangkatan balik ke Brunei itu, Pg Anak Muhammad Yusof sedikit banyak membawa buah tangan untuk saudara maranya di Brunei. Lebih kurang pada tahun 1833, Pg Anak Muhammad Yusof telah berangkat balik ke Brunei dengan lancang nya yang kelihatan sarat telah melintas di laut rumah besar Pg Muda Hashim. Untuk mengetahuinya iapun bertanya, "Siapakah yang empunya lancang yang baru melintas atu". Apabila disembahkan bahawa lancang tersebut adalah lancang Pg Anak Muhammad Yusof dengan perolehannya baru balik dari Sarawak. Maka Pg Muda Hashim terbuka hatinya hendak berangkat ke Sarawak. Pada tahun 1834, setelah menjunjung kebenaran daripada Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II, Pg Muda Hashim dan adindanya Pg Anak Badaruddin pun berangkat ke Sarawak diiringi oleh beberapa orang pengiringnya untuk melihat keadaan Sarawak. Sebelum Pg Muda Hashim sampai di Sarawak, perkhabaran perangkatan ini telah sampai terlebih dahulu ke pengetahuan Pg Indera Mahkota. Ini secara tidak langsung membolehkan Pg Indera Mahkota membuat rancangan persiapan untuk mengalu-alukan perangkatan tersebut. Menurut acara sambutan yang dirancangkan itu, Pg Indera Mahkota selaku gabenor dan ketua pentadbir Sarawak bersiap sedia bersama orang-orang besar tempatan menunggu Pg Muda Hashim di Balai Penghadapan dan menghantar rombongan berperahu ke Kuala Sungai Sarawak mengalu-alukan perangkatan Pg Muda Hashim dan seterusnya menjunjung Pg Muda Hashim berangkat ke Balai Penghadapan menemui Pg Indera Mahkota, Gabenor Sarawak.

Melihat keadaan kesampaiannya di Kuala Sungai Sarawak hanya dialu-alukan oleh orang suruhan, bukan oleh Pg Indera Mahkota, maka Pg Muda Hashim pun murka dan tidak suka kepada orang yang mengalu-alukan itu. Bersabit dengan kejadian tersebut, Pg Muda Hashim pun menuduh Pg Indera Mahkota tidak tahu adat dan sopan santun, kerana menurut Pg Muda Hashim berdasarkan Adat Istiadat Diraja Brunei turun-temurun, jika putera Sultan yang gahara melawat sesuatu tempat, penguasa tempat itu hendaklah datang sendiri mengalu-alukan keberangkatan tersebut, dan seterusnya menjunjung dan mengiringkan perangkatan itu ke Balai Penghadapan, bukan diwakilkan kepada orang lain. Maka dengan perasaan geram yang mendidih, Pg Muda Hashim pun bersabda kepada ketua rombongan yang mengalu-alukan itu dengan sabda bahawa tahukah Pg Indera Mahkota bahawa ia (Pg Muda Hashim) adalah Bendahara, putera Sultan yang gahara yang layak menjadi Sultan, lupakan Pg Indera Mahkota bahawa yang mengurniakan gelarannya itu adalah ayahanda Al-Marhum Sultan Muhammad Kanzul 'Alam dan sabdanya lagi ia (Pg Indera Mahkota) bukan setaraf dengan kedudukannya (Pg Muda Hashim). Kemudian selepas melafazkan sabda murkanya itu, Pg Muda Hashim berlayar ke tempat lain. Dalam keadaan Pg Muda Hashim dan Pg Indera Mahkota menghadapi krisis protokol inilah pada tahun 1839 James Brooke telah tiba di Sarawak dengan kapalnya Royalist.

Dikisahkan ketika James Brooke mahu meninggalkan Sarawak Asal pada bulan Oktober 1840, Pg Muda Hashim telah meminta beliau untuk membantu mengatasi pemberontakan yang masih berlarutan pada masa itu. Pg Muda Hashim bukan saja bimbang tentang kebangkitan di Sarawak Asal, malah pemikiran beliau juga dihantui oleh kemaraan pihak Belanda yang sudah berada di Sambas. Beliau khuatir tentang serangan mengejut yang akan dilancarkan oleh Belanda ke atas kedudukannya di Sarawak Asal. Kebimbangan ini memang berasas, andaikata Belanda menyerangnya, Pg Muda Hashim sudah pasti tidak dapat memberikan tentangan sewajarnya, sedangkan pada ketika itu masalah pemberontakan penduduk Sarawak Asal belum dapat ditangani. Jadi dengan kehadiran Brooke selaku warga Inggeris, dia bukan saja boleh membantu mengatasi pemberontakan yang sedang berlaku bahkan juga dapat membantu menyekat kemaraan Belanda. Akhirnya Brooke bersetuju membantu Pg Muda Hashim. Pada 3 Oktober 1840 beliau mula menyertai pasukan kerajaan. Kira-kira sebulan selepas menyertai, pemberontakan belum juga berjaya diatasi. Memikirkan kehadirannya seolah-olah tiada berguna kerana tidak mampu mengatasi kebangkitan yang sedang berlaku, maka sekali lagi beliau mengemukakan hasratnya untuk meninggalkan Sarawak Asal. Namun Pg Muda Hashim terus meminta kepada Brooke supaya jangan berbuat demikian, lantas beliau menawarkan kepada Brooke untuk menjadi penguasa wilayah Siniawan dan Sarawak Asal, jika Brooke berjaya menghentikan penentangan yang masih berlarutan itu.

Niat Brooke hendak meninggalkan Sarawak Asal mungkin hanyalah tipu helah saja kerana sebelum ini tiada sebarang ganjaran yang dijanjikan oleh Pg Muda Hashim hasil daripada pertolongan yang diberikan oleh beliau. Adalah tidak mungkin Brooke mahu membantu secara percuma jikalau tidak dijanjikan dengan suatu imbalan yang berpatutan. Sedangkan bantuan yang diberikan berhadapan dengan risiko kehilangan nyawa dan harta benda. Muslihatnya ini berjaya setelah Pg Muda Hashim berjanji untuk menjadikan beliau sebagai penguasa ke atas daeran Siniawan dan Sarawak Asal. Lagipun Brooke sudah dapat mengjangkakan pemberontakan ini akan dapat ditamatkan dalam masa terdekat, setelah didapatinya beberapa kumpulan pemberontak menyerah diri, di samping mencurah-curahnya bantuan ketenteraan yang datang dari beberapa buah wilayah Brunei seperti dari Bintulu, Miri, Mukah, Lundu, Sadong dan Singe. Setelah lebih tiga bulan berkempen dengan bantuan Brooke, maka Pg Muda Hashim bersama pengikutnya telah berjaya menamatkan pemberontakan Sarawak Asal pada 20 Disember 1840. Kejayaan sepenuhnya diperolehi apabila persetujuan dengan para pemberontak dapat dicapai, setelah Pg Muda Hashim bersedia mengampunkan mereka seandainya menyerah diri dengan sukarela. Dengan kemenangan ini bererti Pg Muda Hashim telah berjaya mematahkan cita-cita Pg Temenggong Pg Anak Muhammad Yusof dalam usahanya mengasingkan Sarawak Asal daripada kuasa Kesultanan Brunei. Dalam masa yang sama Brooke telah menjadi sahabat dan penyokong kepada Pg Muda Hashim. Dari segi ini sudah tentu Pg Muda Hashim merasakan kedudukannya kuasa politik lebih mampan. Walau bagaimanapun jangkaan ini tidak tepat bahkan kesan dari bantuan Brooke ini telah menimpakan kemalangan kepada beliau kemudiannya.

Setelah pemberontakan Sarawak Asal berjaya ditamatkan, maka Brooke cuba membuka semula perdagangan antimoni. Tindakan ini beliau jelas adanya motif ekonomi disebalik bantuannya mengatasi pemberontakan Sarawak Asal di samping cita-cita untuk menguasai politik wilayah ini. Matlamat ekonomi ini memang sudah tertanam dalam jiwa Brooke, kerana sebelum ini beliau pernah menyarankan kepaada Pg Muda Hashim supaya membuka pelabuhan-pelabuhan wilayah Brunei kepada semua kapal-kapal dagang Inggeris dan asing untuk melakukan kegiatan perdagangan. Apabila dia menyarankan agar kapal-kapal Inggeris dibenarkan berdagang di kawasan Brunei, ini bererti termasuklah Brooke sendiri. Oleh itu jelaslah Brooke mempunyai perancangan jangka panjang untuk mengembangkan sayap perdagangannya ke seluruh wilayah Brunei dan dalam masa yang sama keinginan beliau untuk memecahkan sistem perdagangan monopoli pembesar dan masyarakat Melayu Brunei yang dianggapnya sebagai menindas dan berat sebelah. Namun tuduhan ini hanyalah sebagai satu kempen untuk membolehkan pedagang asing terutama Inggeris untuk melakukan kegiatan perdagangan secara bebas di rantau sebelah sini. Brooke telah pergi ke Singapura untuk membeli kapal yang bersesuaian dengan kegiatan perdagangan antimoni. Pg Muda Hashim sepatutnya telah menyerahkan pentadbiran Sarawak Asal secara sukarela kepada beliau sebagaimana yang telah dijanjikan. Bagaimanapun Brooke masih dapat bersabar dengan penangguhan penyerahan ini. Brooke meneruskan kunjungannya ke Singapura dan pada bulan April 1841 beliau tiba di Kuching. Sehingga 24 September 1841, Pg Muda Hashim tidak juga ada tanda-tanda hendak memenuhi janjinya dengan Brooke. Menurut Brooke kelambatan ini disebabkan adanya pengaruh sekelompok Pengiran yang menentang dan tidak bersetuju dengan penyerahan Sarawak Asal ini, salah seorang daripada mereka ini ialah Pg Indera Mahkota Pg Muhammad Salleh. Penentangan beliau ini memang mempunyai asas kerana jika Sarawak Asal diserahkan kepada Brooke bererti jawatan beliau sebagai gabenor di wilayah ini akan sirna.

Diriwayatkan semasa menyambut kepulangan Brooke dari ibu kota Brunei setelah lantikan gabenor Sarawak Asal disahkan oleh Sultan, Pg Muda Hashim telah bersabda bahawa sesiapa yang tidak berpuas hati dengan lantikan Brooke itu, maka dia boleh menyuarakan dengan terus terang. Sesiapa juga yang mahu melawan perintah ini kepalanya akan dipancung. Sebenarnya sabda ini ditujukan kepada Pg Indera Mahkota yang sama-sama hadir dalam majlis itu. Mendengan sindiran Pg Muda Hashim in, Pg Indera Mahkota amat marah tetapi disamarkan dengan tersenyum pahit. Sungguhpun kuasa pentadbiran sudah diserahkan kepada Brooke pada 1 Ogos 1842, tetapi sebenarnya ia masih di bawah takluk kekuasaan kerajaan Brunei, beliau hanyalah dilantik sebagai gabenor atau wakil kepada kerajaan sama seperti Pg Indera Mahkota sebelum ini. Ini mencerminkan Pg Muda Hashim tidak berniat untuk menyerahkan Sarawak Asal kepada Brooke untuk diperintah sebagai sebuah negara merdeka. Cuma dalam hal ini Brooke sama ada bersifat kura-kura dalam perahu atau pura-pura tidak tahu atau sengaja tidak memperdulikan apa yang tercatat dalam surat perlantikannya, bahkan beliau telah mengambil kesempatan dari kedudukannya dengan mentadbir Sarawak Asal seolah-olah bukan wilayah Kesultanan Brunei. Setelah Brooke menjadi gabenor Sarawak Asal, rancangan selanjurkan memulangkan Pg Muda Hashim dan pengikutnya ke ibu kota Brunei. Menurut Brooke pemindahan Pg Muda Hashim dan pengikutnya ini perlu dibuat kerana beliau dianggap sebagai penghalang pembangunan Sarawak Asal. Tetapi sebenarnya Brooke takut kepada pengaruh politik Pg Muda Hashim dan pengikutnya. Lagipun berdasarkan teks perlantikan James Brooke, Pg Muda Hashim memang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam pentadbiran Sarawak Asal kerana jawatannya sebagai Pengiran Bendahara. Maknanya Brooke tidak boleh sesuka hati membuat keputusan dalam melaksanakan pentadbiran Sarawak Asal tanpa terlebih dahulu berunding dengan Pg Muda Hashim.

Maka pada tahun 1844, Pg Muda Hashim dengan seluruh keluarganya telah berangkat pulang ke Brunei dengan ditemani oleh James Brooke bersama-sama dengan Kapten Sir Edward Blecher. Ketika pulang itulah baru diketahui Pg Muda Hashim bahawa statusnya yang memegang jawatan Bendahara telah diambil oleh Pg Anak Muhammad Yusof ibni Sultan Muhammad Tajuddin. Ketegangan antara Pg Temenggong Pg Anak Muhammad Yusof dan Pg Muda Hashim mencapai kemuncaknya sekitar tahun 1845, telah berlaku perang saudara antara mereka berdua. Akhirnya Pg Anak Yusof pun kalah di dalam perang saudara itu dan merasa malu yang amat sangat dikatakan juga Pg Anak Yusof telah melarikan diri sehingga ke Pulau Budokan dan akhirnya menetap di kawasan bernama Kimanis, Sabah. Kerana kemenangan tersebut akhirnya jawatan Pg Bendahara dikembalikan kepada Pg Muda Hashim oleh pihak istana. Dengan adanya jawatan Bendahara Pg Muda Hashim ini kembali maka beliau juga merupakan waris untuk ditabalkan menjadi pemerintah kerajaan Brunei selepas itu. Atas desakan James Brooke dan Belcher, Sultan Omar Ali Saifuddin II bersetuju menggantikan Pg Anak Yusof selaku pemangku Pg Bendahara dengan Pg Muda Hashim mengambil balik jawatan Pg Bendahara semula. Pg Anak Yusof terpaksa akur dengan perintah Sultan, di samping adanya ancaman ketenteraan dari Angkatan Laut Inggeris. Dalam pada itu Sultan juga telah memberikan jaminan baru mengenai dengan keinginan kerajaan Brunei hendak menjalin hubungan persahabatan dengan Inggeris.

Biarpun musuh utama Pg Muda Hashim iaitu Pg Anak Yusof sudah tewas, namun ini tidak bermakna kumpulan-kumpulan anti beliau dan Inggeris telah berkubur. Bahkan kelompok ini masih berpengaruh dalam pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin II. Bahtera politik Kesultanan Brunei sekali lagi mengharung badai apabila tercetusnya Perang Saudara ketiga yang mebawa kepada pembunuhan beramai-ramai ke atas Pg Muda Hashim dan keluarganya telah berlaku dalam bulan Februari 1846. Peristiwa ini telah membuatkan waris kepada Sultan Omar Ali Saifuddin II iaitu Pg Anak Hashim merasa terancam akhirnya telah membuat rancangan pembunuhan Pg Muda Hashim di Brunei. Plot pembunuhan telah diatur dengan sebaik mungkin dengan penuh teliti dan kemuncaknya, seluruh keluarga Pg Bendahara Pg Muda Hashim telah dibunuh melalui pakatan sulit yang telah diolah seperti pemberontakan menentang pemerintahannya oleh ketua masyarakat tempatan Brunei sendiri. Di antara yang terkorban adalah anak (Pg Muda Besar Chuchu) dan adik-adik beliau termasuk Pg Anak Badaruddin, Pg Anak Muhammad Tajuddin dan lain-lain lagi. Peristiwa ini hanya sampai ke telinga James Brooke setelah dua bulan ia berlaku. Berita pembunuhan ini dibawa oleh Japar, pengikut Pg Anak Badaruddin ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam, kepada Panglima Egerton pada bulan Mac 1846. Menurut Japar, Pg Muda Hashim, Pg Anak Badaruddin dan beberapa orang lagi keluarga mereka (12 orang) telah terkorban dalam satu serangan. James Brooke amat marah dan bertekad membalas dendam ke atas Sultan, apabila mendapat tahu Pg Muda Hashim telah dibunuh. Tanpa menunggu arahan daripada Pejabat Luar British, beliau memohon bantuan Coachrane. Mereka telah sampai ke Bandar Brunei pada awal bulan Julai 1846 dan mendapati ramai penduduk di sini sudah melarikan diri. Dalam serangan ini angkatan Brunei telah dapat ditewaskan dan Sultan telah melarikan diri ke Pengkalan Batu dengan bantuan tokoh terkenal Hj Saman bin Pengarah Sahat.

Dikatakan juga, Pg Muda Hashim telah sempat melarikan diri dan akhirnya sedar keadaan hidupnya yang berisiko maka beliau melebur diri (membakar diri) di atas kapal nya di Kg. Burong Pingai Ayer. Maksudnya tindakan membunuh atau membakar diri dengan senjata api seperti ubat bedil dan lain-lain termasuklah masuk ke dalam tempat terbakar. Tujuannya untuk menamatkan konflik seperti perang saudara dan pertelingkahan keluarga serta untuk menutup malu sendiri. Apabila kematian Al-Marhum sampai ke James Brooke beliau telah naik berang dan sejak itu James Brooke menggunakan pengaruhnya di dalam kerajaan Koloni Makhota British bagi membantunya menyerang Brunei. Akhirnya SOAS II telah akur dengan kehendak mereka dan pada ketika itulah perjanjian telah ditandatangani dan kekallah James Brooke menjadi Rajah James Brooke, pemerintah kepada Sarawak Kingdom tanpa Brunei boleh mencampuri urusan pentadbirannya secara totalnya. Tambahan lagi, perjanjian yang ditandatangani pada Disember 1846 telah menyerahkan Labuan menjadi wilayah jajahan British di Borneo. Dan pada ketika itu juga James Brooke diangkat oleh British sebagai Gabenor pertama Labuan pada tahun 1847. Signifikasi Perang James Brooke ke atas Brunei 1846 yang pada asalnya untuk mengajar pemerintah Brunei atas kematian sahabat baiknya iaitu Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim telah membuatkan kedaulatan Brunei semakin mengecil pengaruhnya kerana Sarawak mahupun Labuan bukan lagi hak kepada Brunei.

Mengikut sumber ada juga mengatakan Pg Raja Muda Hashim sempat melarikan diri dan bermastautin di Tempasok (sekarang Kota Belud). Dikatakan pula, beliau mendirikan rumah tangga di sana dan mempunyai anak bernama Salih @ Pg Salleh berkahwin dengan Dayangan binti Datu Baskal beranakkan Andersi. Beliau juga dikatakan berkubur di Kota Belud, Sabah. Pg Muda Hashim mendirikan rumah tangga dengan Pg Babu Norsalam (anak kepada Pg Shahbandar Pg Abd Wahab) beranakkan Pg Muda Besar Chuchu dan Pg Muda Chuchu Damit. Pg Muda Hashim mempunyai adik beradik seibu sebapa mereka adalah Pg Muda Mohammad Tajuddin, Pg Muda Muhammad Ahad, Pg Muda Hasan. Beliau juga mempunyai adik beradik berlainan ibu mereka adalah Pg Sura Negara Pg Anak Badaruddin, Pg Anak Jalaluddin, Pg Anak Ismail, Pg Muda Pasar, Sultan Muhammad Alam (Raja Api), Raja Isteri Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa, Pg Babu Simpul, Raja Perempuan Pg Anak Puteri Hadiah, Pg Alauddin, Pg Anak Marsala dan Pg Anak Abd Kadir.

والله أعلمُ