Sultan Muhammad Kanzul 'Alam (Sultan Brunei ke21: 1807-22)

How are you related to Sultan Muhammad Kanzul 'Alam (Sultan Brunei ke21: 1807-22)?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan Muhammad Kanzul 'Alam (Sultan Brunei ke21: 1807-22)'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Sultan Muhammad Kanzul 'Alam ibni Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I

Also Known As: "Pg Digadong Ayah Pg Muda Tengah Muhammad Kanzul Alam"
Birthdate:
Death: April 28, 1822
Place of Burial: Jln Tutong, Bandar Seri Begawan
Immediate Family:

Son of Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke18: 1740-78) and Raja Isteri Pg Anak Puteri binti Sultan Husin Kamaluddin
Husband of Pg Isteri Pg Anak Saleha binti Pengiran Anak Kasim; Pg Anak Salama @ Salmah binti Pg Seri Rama; Pg Isteri Pg Anak Nur Alam binti Pg Seri Rama and Illanun Princess
Father of Pg Babu Jubaidah binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Raja Isteri Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Pg Babu Simpul binti Sultan Muhammad Kanzul Alam; Pg Anak Puteri Seri Banum binti Sultan Muhammad Kanzul Alam; Pg Bendahara Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam and 20 others
Brother of Pg Anak Siti Aishah binti Sultan Omar Ali Saifuddin I; Pg Kerma Indera Pg Anak Apong ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I; Pg Anak Babu Siti Khadijah @ Puteri Babau binti Sultan Omar Ali Saifuddin I and Dayang Hermegilda Estela of Taytay, Palawan
Half brother of Sultan Muhammad Tajuddin (Sultan Brunei ke19: 1795-1804 & 1804-7); Pg Anak Usop ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I; Pg Shahbandar Maulana Pg Anak Abdul Wahab ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I; Pg Shaharbanun ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I; Pg Anak Saleha binti Sultan Omar Ali Saifuddin I and 5 others

Occupation: Sultan Brunei Ke-22 (1807-1822)
Managed by: Dayang Surena Abang Basri
Last Updated:

About Sultan Muhammad Kanzul 'Alam (Sultan Brunei ke21: 1807-22)

21. SULTAN MUHAMMAD KANZUL 'ALAM (TM 1807-1826)

1807 - 1822

Sultan Muhammad Kanzul 'Alam adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I [Sultan Brunei ke-18, 1740-1795] dengan pasangan baginda Raja Isteri Pg Anak Puteri. Sebelum ditabalkan menjadi sultan, baginda termasyur dengan gelaran Pg Digadong Ayah Pg Muda Tengah Muhammad Kanzul 'Alam atau singkatnya Pg Digadong Ayah apabila diarak menjadi Pg Digadong ketika zaman pemerintahan kekanda baginda Al-Marhum Sultan Muhammad Tajuddin [Sultan Brunei ke-19, 1795-1804 & 1804-1807]. Setelah kekandanya Sultan Muhammad Tajuddin mangkat pada tahun 1807 maka Pg Digadong Muhammad Kanzul Alam dijunjung naik menjadi Sultan Muhammad Kanzul Alam bagi mewakili kekandanya memelihara kerajaan Brunei untuk cucunda saudaranya Pg Muda Omar Ali Saifuddin (yang lebih berhak masih kecil). Pada ketika inilah baginda tidak pernah dinobatkan sebagai Yang Di-Pertuan Brunei dan hanya memangku memerintah Brunei. Ini adalah disebabkan tentangan dari bonda Pg Muda Omar Ali Saifuddin, Raja Isteri Nor Alam yang juga puteri kepada baginda, berusaha mengekalkan hak puteranya untuk menjadi sultan. Raja Isteri Nor Alam berjaya menentang pihak yang cuba mengenepikan Pg Muda Omar Ali Saifuddin dengan menghalang perpuspaan baginda.

Adalah diriwayatkan, setelah Sultan Muhammad Kanzul 'Alam naik takhta memangku kerajaan cucunda baginda Sultan Omar Ali Saifuddin II, maka perkhabaran negeri Brunei di bawah teraju pemerintahan baginda telah sampai kepada pengetahuan negeri-negeri jiran tetangga, maka pada masa itulah baginda menerima utusan dari Sambas membawa pesambah daripada Sultan Sambas, sebilah keris Kerajaan Sambas yang bertatah emas serta barang-barang yang lain. Dari Suluk baginda menerima sebuah tombak Kerajaan Suluk bersama barang-barang yang lain pesambah daripada Sultan Suluk. Manakala dari Terengganu pula baginda menerima hadiah daripada Sultan Terengganu sebilah keris yang bertatah emas serta seekor harimau dalam sangkar besi yang dibawa oleh utusan dari Terengganu. Disebutkan, pada masa utusan Terengganu itu membawa harimau tersebut naik ke Lapau, waktu itu Sultan Muhammad Kanzul Alam sedang bersemayam di Lapau dihadap oleh Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria, Menteri-Menteri dan putera-putera baginda, tidak semena-mena harimau itu telah terlepas dari sangkarnya, keluar menerkam para hadhirin yang hadir di Lapau itu, maka semua orang pun berlarian ketakutan terjun ke air termasuk utusan Terengganu itu, kecuali Pg Pemancha Pg Muhammad Daud kekal duduk di Lapau, menangkap harimau tersebut seperti beliau bermain dengan seekor kucing lalu memasukkannya semula ke dalam sangkarnya. Di atas jasa bakti serta keberanian dan kepandaiannya yang luar biasa itu Pg Pemancha Pg Muhammad Daud pun termasyhur dengan gelaran Pg Pemancha Rimau.

Disebutkan, pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Kanzul 'Alam ini, dikatakan adalah zaman Brunei menghadapi bermacam-macam masalah dan cabaran, kerana waktu itu pengaruh Barat terutama Inggeris telah sampai ke Kepulauan Alam Melayu, termasuk ke pelabuhan-pelabuhan wilayah pesisir Brunei untuk mendapatkan barang-barang dagangan untuk dibawa ke Eropah. Pada masa para pelaut Inggeris itu singgah di pelabuhan-pelabuhan wilayah pesisir Brunei itu, mereka mendapati bahawa Brunei adalah kaya dengan hasil masyhulnya seperti gaharu, rempah-ratus, lada, sagu, lilin, rotan, sarang burung, emas, mutiara dan lain-lain. Mereka berpendapat jika barang-barang itu dapat dibawa ke England tentu menguntungkan. Setelah mengetahui lubuk emas itu, timbullah niat di hati mereka untuk memboloti kekayaan tersebut, tambahan pula mereka telah melihat bahawa Belanda, Portugis dan Sepanyol telahpun mengembangkan pengaruh dan membuka penempatannya. Maka untuk menyampaikan hasrat yang dicitakan itu pada tahun 1809 sebuah kapal telah masuk ke Brunei diketuai oleh Si-Merah (orang Brunei tidak mengetahui namanya yang sebenar, oleh itu ia hanya disebutkan sebagai Si-Merah sahaja kerana badannya merah) dengan hajat hendak berulang-alik ke Brunei. Pada masa Si-Merah itu naik mengadap di Lapau, kebetulan Sultan Muhammad Kanzul Alam sedang bersemayam di atas Singgahsana dihadap oleh para pembesar Diraja, termasuk anakanda baginda Pg Muda Muhammad Alam yang terkenal dengan nama Pg Muda Marak Berapi serta adinda-adindanya. Ketika Si-Merah mengadap itu dengan gerha (bersikap kasar) ia bertanya, "Mana Raja Api?" Sambil menunjukkan kerusi tempat duduk anakanda baginda Pg Muda Muhammad Alam, titah baginda, "Atu sedang duduk di kerusi". Maka tanpa beradab sopan, Si-Merah pun berdiri memberi tabik (hormat). Ketika Si-Merah dengan gerha mengangkat tangannya ke dahi, lalu dengan pantas tangan Si-Merah itu pun ditangkap oleh Pg Muda Muhammad Alam, terus diranjatkan (ditarik dengan kasar) lima depa ke penangkilan, Pg Muda Muhammad Alam masih lagi duduk di kerusinya. Melihat sikap Si-Merah yang tidak berpiwaris (tidak sopan) itu lantas mencabut keris masing-masing hendak menikam Si-Merah. Melihat keadaan tersebut Sultan Muhammad Kanzul Alam pun berdiri menegah supaya Si-Merah jangan dibunuh. Maka dengan ketakutan Si-Merah pun berlari turun ke kapalnya belayar meninggalkan Brunei.

Setengah riwayat meriwayatkan, Si-Merah itu datang ke Brunei adalah bermaksud hendak mencuba ilmu dan kekuatan orang Brunei yang termasyhur gagah berani untuk dilawankan dengan harimau dan anjing (besar kemungkinan anjing yang dibawa oleh Si-Merah itu adalah anjing jenis German Shepherd atau Great Dane, iaitu sejenis anjing besar dan garang yang dijadikan oleh orang putih sebagai perburuan mereka) perburuan yang dibawa oleh Si-Merah dengan pertaruhan jika Si-Merah kalah, kapal dan isinya diserahkan kepada Sultan, sebaliknya jika Si-Merah tidak dapat dikalahkan Si-Merah meminta Sultan menyerahkan sebahagian wilayah pesisir Brunei kepada Si-Merah. Sebenarnya, memang telah menjadi tabiat orang Brunei pantang diamun (dicabar), maka untuk mendulur (menuruti kehendak) maksud Si-Merah itu, cabaran tersebut telah dimesyuaratkan oleh Sultan Muhammad Kanzul Alam dengan para pembesar Diraja termasuk putera-putera baginda. Hasil daripada pemesyuaratan itu cabaran Si-Merah itu pun disanggupi oleh Pg Pemancha Pg Muhammad Daud yang terkenal dengan nama Pg Pemancha Rimau. Pada hari yang ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak, Pg Pemancha Rimau pun turun ke kapal Si-Merah. Sampai sahaja Pg Pemancha Rimau ke kapal Si-Merah, maka harimau dan anjing itu pun dilepaskan dari kurungannya menerkam Pg Pemancha Rimau. Maka dengan tangkas Pg Pemancha Rimau pun menangkap kepala kedua-dua haiwan tersebut, lantas mengoyakkan mulut kedua-dua hairan tersebut belah dua, dan terus menikamnya hingga mati. Oleh kerana mabuk darah, Pg Pemancha Rimau pun mengamuk dan membunuh orang-orang yang ada di atas kapal tersebut. Kemudian kapal yang berisi mayat yang berlabuh di Labuan Kapal itu pun ditunda ke laut lepas dihanyutkan.

Tidak lama selepas peristiwa Si-Merah itu, telah datang pula ke Brunei sebuah kapal layar diketuai oleh Sharif Hasan Al-Habsi dari Hadhralmaut untuk mencabar kekuatan dan kegagahan orang Brunei, dan dengan angkuh ia menyatakan, "Si Merah tidak mendapat Brunei, aku boleh ambil Brunei dengan setengah hari sahaja". Apabila perkara ini disembahkan kepada Sultan Muhammad Kanzul Alam dan anakanda baginda Pg Muda Muhammad 'Alam atau Raja Api, kedua-dua baginda pun murka, lebih-lebih lagi Raja Api. Setelah mendengar cabaran Sharif Hasan Al-Habsi yang 'tidak berpiwaris' merendah-rendahkan keupayaan raja dan orang Brunei itu, maka Raja Api pun bermesyuarat dengan saudara-saudaranya serta sekalian pembesar Diraja untuk mengeluari Sharif Hasan Al-Habsi yang sedang berlabuh di tengah laut di Kuala Brunei. Setelah Raja Api dan saudara-saudaranya berteguh setia mengeluari Sharif Hasan Al-Habsi, maka Raja Api pun berangkat dengan menaiki sebuah 'garai' mengeluari Sharif Hasan Al-Habsi, diiringi oleh sekalian menteri dan hulubalang. Sampai sahaja di Ujung Sapuh, Raja Api dan angkatan Brunei berlabuh di situ menanti Sharif Hasan Al-Habsi untuk berlawan. Dari pagi hingga tengah hari, Raja Api menanti di Ujung Sapuh, Sharif Hasan Al-Habsi belum juga masuk ke Brunei, maka Raja Api pun menitahkan Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela pergi menemui Sharif Hasan Al-Habsi yang ketika itu sedang berlabuh di tengah laut supaya lekas masuk ke Brunei. Sebaik-baik sahaja Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela sampai ke kapal Sharif Hasan Al-Habsi, dilihat oleh Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela, Sharif Hasan Al-Habsi sedang duduk beramal di haluan (di caruk) kapalnya sambil memegang kitab. Maka Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela pun memberitahu Sharif Hasan Al-Habsi supaya lekas masuk ke Brunei, kerana Raja Api sudah lama menunggu. Sharif Hasan Al-Habsi dengan tegas memberitahu yang dia akan pasti masuk ke Brunei. Setelah Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela tiga kali berulang-ulang menemui Sharif Hasan Al-Habsi dan menyuruhnya cepat masuk ke Brunei, akhirnya Sharif Hasan Al-Habsi pun membatalkan niatnya dan minta ampun kepada Sultan Muhammad Kanzul Alam dan Raja Api di atas ketelanjurannya itu. Pada masa ia naik mengadap dan menyembahkan barang-barang pesambah yang dibawanya, Sharif Hasan Al-Habsi telah menjunjung kebenaran untuk diam di mana-mana jua wilayah atau tempat di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Kanzul Alam.

Sebenarnya Sultan Muhammad Kanzul 'Alam ini adalah Sultan yang aktif dalam bidang perniagaan dan perdagangan. Waktu itu hubungan perniagaan dan perdagangan dengan jiran tetangga berjalan dengan baik. Pelabuhan Brunei bukan sahaja dikunjungi oleh kapal-kapal dari Suluk, Makasar, Jawa, Sumatera, Melaka dan China, malah kapal-kapal Portugis pun turut juga datang ke pelabuhan Brunei berurus niaga dengan penduduk tempatan dan ahli-ahli perniagaan lain yang datang berkumpul di Pelabuhan Brunei. Disebutkan, pada masa baginda masih bergelar Pg DIgadong, baginda pernah menulis surat kepada Gabenor Jeneral Sepanyol di Manila untuk menambung dan meningkatkan hubungan perdagangan dan perniagaan dengan Manila, dan bagi melaksanakan cita-cita tersebut, baginda telah menghantar Nakhoda Seruddin, jurutulis besar Bendahari Encik dan jurutulis kecil Abdul Rahman ke Manila membawa barang-barang dagangan hasil masyhul Brunei. Begitu juga pada masa baginda menjadi Sultan, terutama pada masa Kapten William Farquhar menjadi Residen Singapura, hubungan persahabatan dan perdagangan Brunei dan Singapura telah berjalan dengan elok dan penuh kasih sayang. Dalam zaman Sultan Muhammad Kanzul Alam ini juga hubungan perdagangan Brunei-Portugis di Macao yang dijalankan oleh Al-Marhum Sultan Muhammad Tajuddin [Sultan Brunei ke-19, 1778-1804 & 1804-1807] pada tahun 1795 telah diteruskan. Menurut catatan Portugis antara tahun 1794-1810 kira-kira 23 buah kapal Portugis telah singgah berniaga di Pelabuhan Brunei. Antara barang-barang yang diperniagakan waktu itu ialah kain, paku, mata wang, dan barang-barang tembikar, manakala eksport Brunei pula ialah kapur barus, lada hitam, sarang burung, trepang, lilin dan rotan.

Untuk meningkatkan lagi hubungan perdagangan dan perniagaan dengan Sepanyol ini, pada tahun 1819, Sultan Muhammad Kanzul Alam telah menulis surat kepada Gabenor Joze Ozorio de Castro Gabralo Albuqueue bagi menyatakan bahawa surat yang dikirim oleh His Excellency the Counsellor the Ouvidor Brun de Silveira telah diterima oleh baginda. Dalam surat tersebut Sultan Muhammad Kanzul Alam juga menyatakan dengan rendah hati bahawa baginda akan sentiasa memberikan perkhidmatan kepada Sepanyol dalam perdagangan dan perniagaan ini. Bagi memudahkan dan melancarkan lagi urusan perdagangan dan perniagaan ini di Brunei, pada 17 Disember 1821, Sultan Muhammad Kanzul Alam telah menurunkan dan memberigakan mata wang "Pitis" ke Padian. Sebagai saksi mata yang melihat peristiwa bersejarah itu selain Syeikh Muhammad Saman dari Madinah waktu itu sedang berada di Brunei, ialah utusan dari Sambas terdiri daripada Dato Bandar dan Nakhoda Bujang dan sebuah berkuh (perahu) dari Manila.

Semasa hayat baginda mempunyai lebih dari dua isteri dan mempunyai 18 zuriat mereka adalah Pg Muda Muhammad 'Alam @ Raja Api, Pg Muda Pasar, Pg Muda Hasan, Pg Muda Hashim @ Raja Muda Hashim, Pg Muda Muhammad, Pg Anak Badaruddin, Pg Anak Jalaluddin, Pg Anak Ismail, Pg Muda Muhammad Ahad, Pg Anak Muhammad Tajuddin, Pg Anak Abdul Kadir, Pg Anak Marsala, Pg Anak Jaafar, Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa, Pg Anak Puteri Hadiah, Pg Anak Puteri Siti Mariam, Pg Anak Puteri Seri Banum, Pg Anak Puteri Siti Khadijah dan Pg Babu Jubaidah. Baginda mangkat pada 28 April 1822 dan disemadikan di Kubah Makam Diraja Brunei, Jln Tutong.

والله أعلمُ


Sultan Muhammad Kanzul Alam ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien, Sultan of Brunei Darussalam, son of Sultan Omar Ali Saifuddien I ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Alauddin, Sultan and Yang di Pertuan of Brunei Darussalam, by his wife, Raja Isteri Pengiran Anak Puteri ibni Al-Marhum Sultan Hussin Kamaluddin, educ. privately. Styled Duli Pengiran Digadong Pengiran Ayah before his accession. Appointed by his elder half brother as Regent and deputy ruler to assist him in the administration, after the death of his son, November 1804. Succeeded on the death of his brother, 11th February 1807*. Never crowned as Yang di-Pertuan.‎

About Sultan Muhammad Kanzul 'Alam (Sultan Brunei ke21: 1807-22) (Malay)

Sultan Muhammad Kanzul Alam [Sultan Brunei ke 21, 1807-1822] adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien I dengan pasangan Raja Isteri Pg Anak Puteri binti Al-Marhum Sultan Hussin Kamaluddin. Sebelum ditabalkan menjadi sultan, baginda termasyur dengan gelaran Pg Digadong Pg Ayah.