Sultan Saiful Rizal Nurul Alam [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581]

How are you related to Sultan Saiful Rizal Nurul Alam [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581]?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan Saiful Rizal Nurul Alam [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Sultan Saiful Rizal Nurul Alam [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581]

7. SULTAN SAIFUL RIZAL (TM 1533 - 1581)

Sultan Saiful Rizal Nurul Alam merupakan Sultan Brunei ke-7 [1533-1581] yang termasyur dengan gelaran Marhum di Budu. Baginda merupakan anakanda kepada Al-Marhum Pg Bendahara Pg Muhammad Tajuddin yang mana baginda telah diasuh oleh ayahanda saudaranya sendiri iaitu Sultan Abdul Kahar. Kemangkatan ayahanda baginda telahpun terjadi sewaktu pemerintahan nenda baginda iaitu Sultan Bolkiah maka baginda pun diasuh oleh indung petuannya sendiri iaitu Pg Muda Tengah Abdul Kahar yang terus menggantikan takhta Kerajaan Brunei setelah kemangkatan kekandanya. Pada masa mudanya baginda digelar Pg Muda Chuchu Besar Saiful Rizal. Walaupun dalam batu tersilah Kesultanan Brunei mengatakan Sultan Abdul Kahar yang mengalihkan takhta kerajaan kepada Sultan Saiful Rizal (kerana kemangkatan putera-putera Sultan Abdul Kahar) walhal waris Raja Brunei bersambung terus kepada anak kemanakan baginda Pg Muda Chuchu Besar Saiful Rizal menjadi Sultan Saiful Rizal Nurul Alam sehingga nasab keturunannya. Jika dilihat daripada period-period pemerintahan Sultan-Sultan Brunei didapati ada terdapat ruang atau gap selama tiga tahun antara tarikh Sultan Abdul Kahar turun takhta (1530) dengan tarikh Sultan Saiful Rijal naik takhta (1533). Antara linkungan tahun 1530 hingga 1533 itu berkemungkinan salah seorang putera Sultan Abdul Kahar telah menaiki takhta menggantikan baginda. Andaian ini berdasarkan kepada tradisi lisan yang menyebut bahawa semasa Sultan Abdul Kahar masih memerintah, baginda telah menurunkan diri dari takhta kerajaan dan menyerahkan kerajaan baginda itu kepada anakanda baginda yang bernama Pg Muda Besar Ismail tetapi tidak lama selepas itu baginda telah mangkat. Selepas itu diganti pula oleh Pg Muda Iring Ali Akbar, tetapi tidak lama kemudian baginda pun mangkat pada tahun 1533. Tatkala takhta kerajaan itu hendak diserahkan kepada Pg Muda Damit Bungsu maka maksud itu telah ditolak kerana takut 'kedaulatan' seperti yang berlaku kepada ketiga-tiga orang kekandanya, Sultan Abdul Kahar dikatakan telah teringat juga akan kedudukan baginda sebagai pengganti Sultan yang sementara kerana takhta yang baginda pangku sepatutnya untuk kekanda baginda, Pg Bendahara Pg Muda Muhammad Tajuddin. Memandangkan keadaan sedemikian maka takhta kerajaan itu pun diserahkan oleh baginda kepada Pg Muda Saiful Rijal yang kemudian bergelar Sultan Saiful Rijal.

Zaman pemerintahan baginda ini merupakan zaman Brunei dalam kemelut, berbagai-bagai peristiwa yang menyayat hati telah berlaku, antaranya Sepanyol menduduki wilayah utara Pulau Brunei (Borneo), dan Islam di sana dalam keadaan dilema, perselisihan faham sesama sendiri, Sepanyol menyerang Brunei (Perang Kastila) dan Sultan Abdul Kahar yakni Raja Tua lindung pada tahun 1578. Pada tahun 1573 iaitu sebelum Sepanyol menyerang Brunei (Perang Kastila), satu utusan Sepanyol telah dihantar ke Brunei mengadap baginda Sultan Saiful Rizal diketuai oleh orang Islam dari Luzon. Mengetahui maksud surat yang disembahkan itu baginda pun murka kerana tujuan Sepanyol meminta baginda bersahabat dan bernaung di bawah pentadbiran Sepanyol seolah-oleh merendah-rendahkan dan mengecil-ngecilkan baginda sebagai seorang Raja yang berdaulat. Kermurkaan baginda itu makin bertambah-tambah kerana orang Sepanyol terang-terang memaksa baginda menerima paderi-paderi Kristian mengembangkan agama Kristian di Brunei, di samping telah merampas dan membinasakan orang baginda yang berniaga di Kepulauan Luzon. Setelah utusan Sepanyol balik ke Manila dan mendapati hajat mereka hendak berbaik-baik dengan Brunei gagal, maka mereka pun marah tetapi tidak dapat berbuat apa-apa tindakan, hanya mereka terus mendendam untuk menakluki Brunei.

Semasa pemerintahan baginda, Brunei mempunyai pasukan tentera yang kuat bukan sahaja dari segi keramaian anggota tentera tetapi juga peralatan tentera yang canggih. Hal ini boleh dilihat pada tahun 1546 baginda mempunyai sebanyak 160 buah kapal perang jenis calaluzes (kelulus) dan 90 lancharas (lancaran). Kapal ini sudah tentu dilengkapi dengan peralatan yang canggih terutama senjata seperti meriam. Kapal-kapal perang ini dihantar bagi membantu Kerajaan Japara yang sedang berperang dengan Kerajaan Pasaruan dalam satu perang saudara. Menurut sumber, Al-Marhum baginda telah berkahwin dengan Pg Putri Khairani (sepupu sekali) iaitu puteri kepada Sultan Abdul Kahar. Perkahwinan baginda dengan Pg Putri dikurniakan beberapa zuriat mereka adalah Raja Dungu @ Pg Anak Tuah, Pg Muda Shah Berunai, Pg Muda Muhammad Hassan, Pg Shahbandar Pg Anak Arif @ Abdullah, Pg Temenggong Pg Anak Mahmud, Pg Anak Puteri Lamturak @ Fatimah Zohra. Tambahan lagi, perkahwinan baginda dengan Bakut Siraja Muda dikurniakan cahaya mata seorang putera bernama Pg Digadong Pg Anak Abdul Hakkul Mubin. Dikatakan juga baginda sebelum ini berkahwin dengan gundik baginda Dang Arfah, orang kebanyakkan yang berasal suku kedayan ketika baginda berlindung di Meragang, Jerudong berputerakan seorang putera dan seorang puteri iaitu Orang Kaya Kassim @ Pg Anak Kassim dan Putri Dang Mejawa.

Dikatakan pula semasa akhir hayat baginda dan keluarga diraja baginda telah diam dan menetap di Sungai Budu, Sarawak. Setelah memerintah kira-kira 47 tahun, baginda pun lindung pada tahun 1581, dimakamkan di Makam Diraja Pengkalan Tarap, Kianggeh, Bandar Brunei.

والله أعلمُ


1535 - 1581 H.M. Paduka Sri Sultan Saif ul-Rijal Nur ul-Alam ibni al-Marhum Paduka Sri Begawan Sultan Abdul Kahar Jalil ul-Alam [al-Marhum di-Budu]*, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. b. ca. 1531, third son of H.H. Paduka Sri Begawan Sultan Abdul Kahar Jalil ul-Alam ibni al-Marhum Sultan Bolkiah, educ. privately. Succeeded on the abdication of his father, 1535. Attacked and defeated by the Spanish who occupied the capital 16th April 1578, annexed the sultanate 20th April 1578, and destroyed the five-storied mosque 23rd June 1578. Retired to Sungai Budu with his ministers and officials, until he was brought back by Bendahara Sakam when the Spanish left. Styled His Majesty in correspondence from Captain Don Juan Arce Sadornil 23rd March 1579. m. (first) Y.M. Pangiran Putri Siti Kesuma Marwarni, daughter of Y.A.M. Paduka Sri Pangiran Bendahara Sri Maharaja Permaisuara Pangiran ‘Abdu’l Malik ibni al-Marhum Pangiran Bendahara Pangiran Ragum. m. (second) Y.M. Pangiran Putri Khairani (one source suggests that Khairani and Siti Kesuma Marwarni were one and the same). m. (i) a Kedayan lady from Jerudong. m. (ii) Bakut Siraja Muda. m. (iii) Dayang Bongsu. He d. at the Istana Mazagong, Sungei Kadeian, Brunei Town, 1581, having had issue, at least five sons and five daughters.

Ref: [http://www.royalark.net/Brunei/brunei4.htm]