Pg Temenggong Pg Anak Mahmud ibni Sultan Saiful Rijal

Is your surname ibni Sultan Saiful Rijal?

Research the ibni Sultan Saiful Rijal family

Pg Temenggong Pg Anak Mahmud ibni Sultan Saiful Rijal's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Pg Temenggong Pg Anak Mahmud ibni Sultan Saiful Rijal

Pg Anak Mahmud merupakan putera kepada Al-Marhum Sultan Saiful Rizal [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581] dengan pasangan baginda yang bukan gahara. Semasa pemerintahan adindanya Sultan Muhammad Hasan, Pg Anak Mahmud ini diarak menjadi Wazir Pg Temenggong. Tiap-tiap Wazir, Cheteria dan Manteri-Manteri yang dilantik itu masing-masing dengan tugas dan peranannya. Pg Temenggong menjadi Raja di laut, jika berangkat mengeluari musuh, perahunya bergendang perang di hadapannya Pateh Petanda membawa Changkah. Ketika hayatnya dikatakan Pg Temenggong pandai membuat meriam. Antara lain meriam yang telah dibuat oleh Al-Marhum adalah seperti Si Pitutan, Seri Negeri, Seri Gantar Alam, Seri Derwish, Si Mambang, dan usaha membuatnya dijalankan di Pulau Keingaran. Pg Temenggong Pg Anak Mahmud ini juga dikatakan menghambakan orang-orang Kg. Burong Pingai di Kampong Ayer dan tidak ada seorang pun yang berani menentangnya dan meninggalkan dari tempat itu. Semasa hayatnya, Pg Temenggong Pg Anak Mahmud berkahwin dan beranakkan antara lain Pg Sidewa Maharaja dan Pg Derma Putera.

والله أعلمُ