Raja Bonda Putri Lamturak @ Fatimah Zohra binti Sultan Saiful Rizal

public profile

Is your surname Sultan Saiful Rizal?

Research the Sultan Saiful Rizal family

Raja Bonda Putri Lamturak @ Fatimah Zohra binti Sultan Saiful Rizal's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Raja Bonda Putri Lamturak @ Fatimah Zohra binti Sultan Saiful Rizal

Pg Anak Puteri Lamturak atau Fatimah Zohra adalah puteri kepada Al-Marhum Sultan Saiful Rizal [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581] dengan pasangan baginda Raja Isteri Pg Putri Khairani. Pg Anak Puteri Lamturak dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Abdul Ghaffur Muhyiddin Shah [Sultan Pahang ke-12, 1592-1614]. Perkahwinan mereka berlangsung ketika pemerintahan Al-Marhum Sultan Muhammad Hasan [Sultan Brunei ke-9, 1582-1598] iaitu adinda kepada Pg Anak Puteri Lamturak. Menurut tradisi lisan, Sultan Muhammad Hasan ini pernah berangkat ke Pahang menghadiri perkahwinan kekandanya itu. Disebutkan juga untuk kenang-kenangan keberangkatan baginda itu, baginda telah membeli dua bilah keris, kemudian sebilah daripada keris itu telah dianugerahkan kepada anakanda baginda Pehin Orang Kaya Digadong Seri Nara Indera semasa perkahwinannya dan sebilah lagi diwarisi oleh Sultan Tengah (Sambas).

Hubungan kedua buah negeri telahpun menjadi sangat erat kerana Pahang pada masa itu telah diselamatkan oleh negeri Brunei daripada serangan Johor. Dalam Salasilah Raja Brunei yang dicatatkan oleh Hugh Low menyebutkan pada masa Sultan Tengah Ibrahim (pemerintah yang pertama dan terakhir Kesultanan Sarawak) berangkat ke Johor, baginda telah mengadap Raja Bonda yang dikatakan mempunyai kaitan keluarga dengan Sultan Brunei. Geleran Raja Bonda ini termasyhur di kalangan orang Brunei, sebagai saudara (adik-beradik) Sultan Muhammad Hasan, iaitu bonda saudara Sultan Tengah.

والله أعلمُ