Sultan Shah Alam Brunei [Sultan Brunei ke-8, 1581-1582]

How are you related to Sultan Shah Alam Brunei [Sultan Brunei ke-8, 1581-1582]?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan Shah Alam Brunei [Sultan Brunei ke-8, 1581-1582]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Sultan Shah Alam Brunei [Sultan Brunei ke-8, 1581-1582]

8. SULTAN SHAH BRUNEI (TM 1581 - 1582)

Sultan Shah adalah putera sulung kepada Al-Marhum Sultan Saiful Rizal Nurul Alam [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581] dengan pasangan baginda Raja Isteri Puteri Khairani. Baginda menaiki takhta dan menjadi Sultan Brunei ke-8 setelah paduka ayahandanya iaitu Sultan Saiful Rijal menyerahkan takhta kerajaan kepada baginda. Semasa mudanya baginda membawa nama Pg Muda Shah Brunei. Setelah baginda Sultan Shah menaiki takhta kerajaan Brunei lalu paduka ayahanda baginda menjadi Paduka Seri Begawan. Baginda termasyhur dengan nama Sultan Shah Alam Brunei.

Ketika hayatnya, bagindalah yang memulakan penggunakan bedil mariam di Brunei. Baginda begitu mengambil berat tentang pembuatan bedil ini dan kubu pertahanan dan serangan Sepanyol selepas kekalahan Sepanyol semasa perang Kastila pada tahun 1578. Sewaktu baginda menaiki takhta usia baginda sudah lanjut dan baginda hanya memerintah Brunei kurang dari satu tahun dan tidak sempat dipuspakan. Dikatakan baginda tidak mempunyai putera, maka Takhta Kerajaan digantikan oleh adinda baginda Pg Muda Hasan menjadi Sultan Muhammad Hasan. Setengah tradisi lisan menyatakan Sultan Shah Brunei menyerahkan takhta Kerajaan pada adinda baginda semasa ada hayat baginda. Menurut riwayat yang didapati dari Sarawak, Sultan Shah Brunei berkahwin dengan Dayang Seri Bulan binti Datu Marpati (Raden Dipati) bin Raden Perbaita Seri (Raja Jura). Dyg Seri Bulan ini dalam perjalanannya ke Brunei telah jatuh sakit ketika berada di Miri dan meninggal di Miri lalu dimakamkan di Sungai Pujud Miri.

Baginda lindung pada tahun 1582 dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Dagang, Jalan Residency. Setengah tradisi lisan menyatakan Sultan Shah Brunei adalah seorang yang syahid. Ini dijelaskan dalam tulisan bahasa Arab (jawi) di muka depan batu nisan baginda tersurat inskripsi yang terjemahannya adalah seperti berikut: "Ini kubur (Al-Marhum) yang dirahmati yang syahid (terbunuh) sultan yang alim, yang adil, yang menyokong, yang menang di dalam peperangan maka dinamakan ia Maharaja Brunei yang meliputi akannya oleh Allah akan rahmatnya dan keredhaannya dan Allah menyampaikan selawatnya keatas Nabi Muhammad dan sekalian kaum keluarganya."

والله أعلمُ

view all

Sultan Shah Alam Brunei [Sultan Brunei ke-8, 1581-1582]'s Timeline