Pg Anak Badaruddin ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam

Is your surname ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam?

Connect to 22 ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam profiles on Geni

Pg Anak Badaruddin ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Pg Anak Badaruddin ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam

Birthdate:
Death: December 31, 1845 (Self-immolation)
Immediate Family:

Son of Sultan Muhammad Kanzul 'Alam (Sultan Brunei ke21: 1807-22) and Pg Anak Salama @ Salmah binti Pg Seri Rama
Husband of Isteri di Pahang; Isteri di Brunei and Pg Noralam
Father of Pengiran Seri Banun Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Badaruddin; Panglima Abdullah Pengiran Anak Badaruddin; Pengiran Sharifah Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Badaruddin; Pengiran Mamat PSN Pengiran Anak Badaruddin; Pengiran Zaidah Pengiran Bagauddin and 6 others
Brother of Pg Bendahara Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Pg Muda Muhammad Ahad ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam; Pg Muda Mohammad Tajuddin; Pg Anak Jaafar ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam; Pg Bendahara Pg Muda Muhammad @ Digantisan ibni Sultan Muhammad Kanzul ‘Alam and 3 others
Half brother of Pg Babu Jubaidah binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Raja Isteri Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Pg Babu Simpul binti Sultan Muhammad Kanzul Alam; Pg Anak Puteri Seri Banum binti Sultan Muhammad Kanzul Alam; Awang Salleh and 11 others

Managed by: Muhammad Nadzri Mohd Aris
Last Updated:

About Pg Anak Badaruddin ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam

Pg Anak Badaruddin adalah putera kepada Al-Marhum Sultan Muhammad Kanzul 'Alam [Sultan Brunei ke-21, 1807-1822] dengan pasangan baginda yang berasal dari kerabat Illanun/Iranun. Beliau juga merupakan adinda sebapa berlainan ibu kepada Sultan Muhammad 'Alam @ Raja Api dan Pg Bendahara Pg Muda Hashim. Pg Anak Badaruddin ini merupakan satu lagi nama besar di dalam lipatan sejarah Sarawak sejak dari dahulu lagi. Beliau merupakan saudara tiri kepada Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim iaitu mereka berkongsi ayahanda yang sama namun berlainan ibunya. Dilahirkan di Brunei sekitar tahun 1827 Masihi dan merupakan putera kepada pemerintah Kerajaan Brunei Darussalam yang memerintah dari tahun 1807 sehingga 1826 iaitu Sultan Muhammad Kanzul 'Alam. Untuk di Sarawak pula, nama Pengiran Badaruddin bukanlah asing bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi Pengiran Badaruddin merupakan pembesar Kerajaan Kesultanan Brunei Darussalam untuk wilayah Oya suatu waktu dahulu. Oleh kerana beliau merupakan saudara tiri kepada Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim jadi tidak menghairankan beliau digambarkan sebagai antara pembesar Brunei yang sentiasa membantu Pengiran Muda Hashim sewaktu dititahkan ke Sarawak. Dan oleh kerana hubungan yang baik antara Pengiran Muda Hashim dengan James Brooke juga menyebabkan keseluruhan keluarga Pengiran Muda Hashim termasuk Pengiran Badaruddin juga merupakan antara rakan baik kepada James Brooke. Diceritakan bahawa sewaktu Pengiran Badaruddin di Sarawak, James Brooke pernah menghadiahkan Pengiran Badaruddin sebentuk cincin permata sebagai hadiah persahabatan mereka. Cincin tersebut bukanlah cincin yang sembarangan sebaliknya mempunyai ukiran nama JB atau James Brooke pada permukaan cincin tersebut. Dan ianya merupakan cincin yang ditempah khas semata-mata untuk diberikan kepada Pengiran Badaruddin. Inilah antara lambang betapa akrabnya hubungan persahabatan antara beliau dengan James Brooke pada waktu itu.

Seperti juga kakandanya iaitu Pengiran Muda Hashim yang dititahkan untuk pulang ke Brunei oleh Sultan Brunei pada waktu itu, ianya juga tidak terkecuali dengan Pengiran Badaruddin itu sendiri. Sewaktu di Brunei itu juga ketika adanya perang saudara antara Pengiran Muda Hashim dengan Pengiran Yusuf yang berebutkan jawatan Pengiran Bendahara pada tahun 1845, Pengiran Badaruddin juga turut menyebelahi Pengiran Muda Hashim dengan ikut sama berperang dengan Pengiran Yusuf. Apabila kemenangan berpihak kepada Pengiran Muda Hashim akhirnya jawatan Pengiran Bendahara dikembalikan oleh Sultan Brunei pada masa itu kepada yang berhak iaitu Pengiran Muda Hashim. Pada zaman pemerintahan anakanda saudara beliau iaitu Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin II [Sultan Brunei-ke-23, 1828-1852], James Brooke telah menghasut kekanda beliau Pg Muda Hashim supaya merebut kuasa Sultan Omar Ali Saifuddin II. Maksud ini disalurkan melalui adindanya sendiri, Pg Anak Badaruddin yang kononnya apabila kuasa Sultan telah dapat diambil, Pg Muda Hashim akan menjadi Sultan dan Pg Anak Badaruddin akan menjadi Pengiran Bendahara. Perlaksanaan maksud itu pun dijalankan, pada mulanya Pg Muda Hashim pura-pura menjunjung Alat Kebesaran Diraja termasuk Mahkota untuk diperbaiki. Kemudian sesudah alat kebesaran tersebut dikurniakan oleh Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk dipinjam, maka Pg Muda Hashim telah menjunjung keris ‘Si-Naga’ pula. Apabila maksud menjunjung keris ‘Si-Naga’ itu ditolak oleh Sultan, maka Pg Anak Badaruddin telah berdatang sembah kepada Pg Muda Hashim untuk menjunjung supaya Pg Muda Hashim meneruskan maksudnya hendak mengambil alih takhta kerajaan itu dengan mengisytiharkan dirinya di masjid sebagai Sultan dan nama Pg Muda Hashim didoakan sebagai Sultan. Kemudian pada hari itu juga setelah berangkat balik dari masjid, Mahkota itu dipakai lagi oleh Pg Muda Hashim. Akibat memakai Mahkota itu penglihatannya menjadi gelap, kemudian dia bersabda kepada Pg Anak Badaruddin bahawa kerajaan ini bukan layak baginya.

Walaubagaimanapun, akibat daripada pertikaian ini telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan kaum kerabat diraja Brunei sehinggalah berlakunya satu tragedi iaitu komplot pembunuhan keluarga Pengiran Bendahara Hashim sekitar tahun 1846. Apabila kakandanya terbunuh di dalam satu plot pembunuhan yang terancang itu, Pengiran Badaruddin juga telah terlebih dahulu mengetahui bahawa nyawa dirinya dan seluruh keluarganya yang tinggal di Brunei pada masa itu umpama telur di hujung tanduk. Mana mungkin individu seperti Pengiran Badaruddin dibiarkan hidup kerana beliaulah antara pendokong kuat kakandanya Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim sejak dulu lagi. Di ketika itulah dikatakan bahawa Pengiran Badaruddin telah menghantar utusan ke Sarawak dengan membawa sebentuk cincin yang berukirkan nama JB kepada James Brooke. Apabila Brooke menerimanya maka Brooke sudah mengetahui yang nyawa Pengiran Badaruddin sedang diancam bahaya kerana cincin yang dihadiahkan kepada Pengiran Badaruddin itu sebenarnya merupakan satu tanda sekiranya sesuatu berlaku maka Pengiran Badaruddin hanya perlu menunjukkan cincin tersebut kepada Brooke dan Brooke akan membantunya dalam apa cara sekalipun. Walaupun dikatakan Brooke menerima utusan cincin tersebut pada 5hb April 1846 namun begitu tiada apa yang dapat Brooke boleh lakukan kerana sehari sebelum itu iaitu pada tanggal 4hb April 1846, keseluruhan keluarga Pg Anak Badaruddin telah terkorban di Brunei Darussalam. Dalam pertempuran yang hebat itu, Pg Anak Badaruddin bersama adiknya Pg Anak Tajuddin telah terkorban. Dikatakan pembunuhan mereka juga telah dirancang dengan sebaik mungkin seolah-olah sesiapa sahaja yang terlibat dengan Pg Bendahara Pg Muda Hashim ditentang oleh segelintir pemimpin masyarakat Brunei pada waktu itu. Akhirnya Pg Muda Hashim telah melarikan diri ke Kg. Burong Pingai Ayer dengan menaiki sebuah lancang. Pada siangnya, Pg Muda Hashim telah menyabdakan orangnya supaya disembahkan kepada pihak Sultan Omar Ali Saifuddin II dengan melaungkan, “ada lagi ampun”, sebanyak tiga kali. Apabila dijawab oleh pihak istana tidak ada ampun, maka Pg Muda Hashim berserta pengikut-pengikutnya pun berlabur dalam lancang tersebut. Setelah api itu padam perkelahian itu pun tamat.

والله أعلمُ‎