Orang Kaya Besar Kasim @ Pg Anak Kasim ibni Sultan Saiful Rizal

Is your surname ibni Sultan Saiful Rizal?

Research the ibni Sultan Saiful Rizal family

Orang Kaya Besar Kasim @ Pg Anak Kasim ibni Sultan Saiful Rizal's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

About Orang Kaya Besar Kasim @ Pg Anak Kasim ibni Sultan Saiful Rizal

Pg Anak Kasim adalah putera kepada Sultan Saiful Rizal [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581] dengan gundik baginda Dyg Bongsu yang berasal dari Jerudong. Pg Anak Kasim ini dilahirkan di Pulau Raja, Jerudong ketika baginda Sultan Saiful Rizal bersemayam dan berkubu di Jerudong ketika perang Kastila berlaku. Beliau mempunyai adik beradik seibu sebapa iaitu Putri Dang Mejawa. Menurut sumber, baginda Sultan Saiful Rizal berundur ketika perang Kastila baginda lari ke Pulau Raja iaitu Jerudong dengan dijaga rapi oleh orang-orang besar Istana dan orang-orang kedayan Jerudong kira-kira 1000 orang pahlawan dikumpulkan untuk menyerang balik musuh-musuh negara. Apabila beroleh kemenangan baginda pun balik ke Istana Bandar tetapi isteri dan 2 orang anakanda baginda tidak ikut serta sebab isteri baginda tidak mahu berangkat sama dengan alasan tidak biasa dengan kehidupan Istana.

Beliau pernah dijemput untuk kembali ke Brunei dari Jerudong oleh adinda Sultan Muhammad Hasan dan ingin dianugerahkan gelaran Cheteria 'Pengiran Anak', tetapi beliau menolak dan sebagai ganti dianugerahkan gelaran Manteri iaitu Kepala Manteri Pendalaman yang membawa gelaran Orang Kaya Besar. Menurut tradisi lisan, Orang Kaya Besar Kasim ini semasa kecilnya telah diasuh dan tinggal bersama keluarga puak kedayan yang bernama Awg Besar dan Dyg Marati. Setelah dewasa, Orang Kaya Besar Kasim ini memegang jawatan sebagai ketua kampung selama 40 tahun dan semasa beliau menjadi ketua kampung, penduduk kampung hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Nama kampung ini adalah Kampung Anggor terletak di dalam Kampung Jerudong, Mukim Sengkurong iaitu di hujung dan berhampiran dengan Pantai Jerudong. Semasa hayatnya beliau berkahwin dengan Dyg Hitam asal kedayan dari Jerudong beranakkan antara lain Pg Temenggong Rajid (Si Rajid), Tamit, Isa, Nuri, Lampan dan Tajau.

والله أعلمُ

view all 11

Orang Kaya Besar Kasim @ Pg Anak Kasim ibni Sultan Saiful Rizal's Timeline