Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke18: 1740-78)

public profile

How are you related to Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke18: 1740-78)?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke18: 1740-78)'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad 'Alauddin II

Also Known As: "Yang Di-Pertuan Besar / Marhum Makam Besar"
Birthdate:
Death: July 10, 1795 (84)
Place of Burial: Bandar Seri Begawan, Brunei-Muara, Brunei
Immediate Family:

Son of Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke17: 1730-7) and Pg Babu Pg Anak Sharbanun binti Pg Bendahara Pg Anak Untong
Husband of Raja Isteri Pg Anak Puteri Noralam binti binti Sultan Husin Kamaluddin; Raja Isteri Pg Anak Puteri binti Sultan Husin Kamaluddin; Wan Puteh binti Syeikh Abdul Rahman; Pg Isteri Pg Anak Puteri Bongsu binti Sultan Hussain Kamaluddin; DAYANG INAGAWAN OF PALAWAN and 1 other
Father of Sultan Muhammad Tajuddin (Sultan Brunei ke19: 1795-1804 & 1804-7); Pg Anak Siti Aishah binti Sultan Omar Ali Saifuddin I; Sultan Muhammad Kanzul 'Alam (Sultan Brunei ke21: 1807-22); Pg Kerma Indera Pg Anak Apong ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I; Pg Anak Babu Siti Khadijah @ Puteri Babau binti Sultan Omar Ali Saifuddin I and 10 others
Brother of Pg Temenggong Pg Muda Amir Bahar ibni Sultan Muhammad Alauddin; Pg Babu Aishah and Pg Setia Negara Pg Anak Badarudin
Half brother of Pg Muda Muhammad 'Alam ibni Sultan Muhammad Alauddin; Pg Anak Saleha Sultan Muhammad Alauddin and Pg Pemancha Pg Anak Kasim

Occupation: Sultan of Brunei
Managed by: Awang Khairul Amir Shahrin
Last Updated:

About Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke18: 1740-78)

18. SULTAN 'OMAR 'ALI SAIFUDDIN I (TM 1740-1778)

Baginda adalah Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I [Sultan Brunei ke-19, 1740-1778]. Baginda merupakan putera kedua dengan membawa gelaran Pg Muda Tengah Omar Ali Saifuddin, putera kepada Al-Marhum Sultan Muhammad 'Alauddin dengan pasangan baginda Pg Babu Sri Banun (puteri kepada Pg Bendahara Pg Anak Untong ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jalilul Jabbar). Baginda naik takhta pada tahun 1740 di usia yang paling muda. Baginda juga mempunyai kepimpinan yang bijaksana dalam pentadbiran sama seperti Sultan sebelum ini iaitu ayahanda mertua baginda (Sultan Hussin Kamaluddin) kerana baginda banyak menerima nasihat dan pengetahuan dari Begawan Sultan Hussin Kamaluddin. Ketika hayatnya, baginda dikatakan seorang panglima malah pada tahun 1769 baginda memerintahkan angkatan bersenjata Brunei yang diketuai oleh Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awg Aliwaddin bin Manteri Omar menyerang Manila dan berhasil menduduki Manila. Baginda pernah memberi peluang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris dalam perdagangan lada hitam di Pulau Balambangan, Sabah dengan syarat mereka melindungi kepentingan Brunei dari gangguan orang-orang lanun dari Sulu dan Mindanao. Harapan ini adalah untuk meletakkan semula kedudukan Brunei sebagai pusat perdagangan yang terpenting dengan cara menyakinkan pedagang-pedagang asing untuk datang berdagang ke Brunei. Pada tahun 1775, baginda juga menitahkan Pg Temenggong Pg Ampa mengeluari angkatan Suluk yang diketuai oleh Datu Teting yang hendak melanggar Brunei dan berjaya mengalahkannya. Baginda akhirnya turun takhta pada tahun 1778 dan menyerahkan kepada anakanda baginda (Pg Muda Besar Muhammad Tajuddin) menjadi Timbalan Sultan. Ketika itu Pg Muda Besar Muhammad Tajuddin naik menjadi Sultan tetapi belum ditakhtakan maka anakanda baginda membawa gelaran Yang Di-Pertuan Muda dan menjadi Sultan Muhammad Tajuddin. Baginda pun memegang gelaran menjadi Yang Di-Pertuan Besar namun baginda masih Sultan dan Yang Di-Pertuan sehingga baginda mangkat pada tahun 1795.

Menurut catatan sejarah iaitu kira-kira penghujung tahun 1700, zaman pemerintahan Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I, di wilayah Sabah, bertempat di sekitar Manggatal telah terjadi kekacauan, iaitu orang-orang Belangingih dan Illanun bermaharajalela di perairan Sabah khususnya di Manggatal, sehingga rakyat dan penduduk di sana susah hendak mencari nafkah. Maka untuk mengatasi masalah ini, Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza pun dititahkan berangkat ke sana untuk mengamankan. Setelah berada di Sabah, dengan izin Allah, berkat kepintaran, kegagahan dan ketekunannya menangani perkara itu, orang Belangingih dan Illanun yang merompak dan menyamun di wilayah itu pun dapat ditumpaskan. Rakyat dan penduduk Sabah khususnya di Manggatal pun kembali hidup dalam suasana yang aman tenteram. Pada masa hayat baginda, Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ini telah mendirikan rumah tangga dengan Raja Isteri Noralam binti Sultan Husin Kamaluddin berputerakan Pg Muda Muhammad Tajuddin (menjadi Sultan Muhammad Tajuddin). Apabila Raja Isteri Noralam lindung, baginda telah meminang adinda Raja Isteri Noralam yang bernama Pg Anak Puteri binti Sultan Husin Kamaluddin. Diceritakan, pinangan tersebut baru akan diterima oleh Pg Anak Puteri dengan syarat Sultan Omar Ali Saifuddin I akan berpuspa sekali lagi bersama-samanya. Permintaan ini dipersetujui oleh Sultan Omar Ali Saifuddin I. Hasil perkahwinan dengan Raja Isteri Pg Anak Puteri ini, baginda berputerakan Pg Muda Muhammad Kanzul 'Alam yang terkenal dengan nama Pg Digadong Ayah dan kemudian menjadi Sultan Muhammad Kanzul Alam. Selain daripada itu, dengan isteri baginda Cik Wan Puteh binti Syeikh Abd Rahman dari Pulau Pinang, baginda berputerakan Pg Shahbandar Pg Anak 'Abdul Wahab. Di samping itu, baginda juga mempunyai ramai putera-puteri yang tidak gahara antaranya Pg Anak Siti Aishah, Pg Kerma Indera Pg Anak Apong, Pg Anak Saleha, Pg Kesuma Negara, Pg Anak Abdul Karim, Pg Anak Babu Siti Khadijah dan Pg Shaharbanun.

Baginda juga merupakan Sultan yang mula-mula dimakamkan di kawasan Makam Diraja Brunei. Sejak itu semua sultan-sultan Brunei yang terkemudian dimakamkan di kawasan ini. Oleh itu baginda termasyhur dengan gelaran Marhum Makam Besar. Menurut inskripsi di batu nisan makam Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I mengatakan bahawa baginda lindung pada 22 Zulhijjah 1207 Hijrah bersamaan 10 Julai 1795 Masihi, tetapi berdasarkan maklumat yang didapati daripada inskripsi di batu nisan seorang wanita bangsawan yang bernama Siti Raniah di kawasan Perkuburan Dagang, Jalan Residency di Bandar Seri Begawan, bahawa sebelum lindung baginda telah menurunkan diri dari takhta kerajaan dan menyerahkan takhta tersebut kepada putera gahara baginda Pg Muda Muhammad Tajuddin, kerana berdasarkan inskripsi batu nisan di perkuburan Dagang kepunyaan Siti Raniah itu menyatakan, "Siti Rania ibin (ibni?) Bendahari Ali ... telah kembali dari negeri fana ke negeri yang baqa ... hari Selasa kepada tahun Ba, kepada Hijrah Nabi 1192 tahun dalam Kerajaan Sultan Muhammad Tajuddin". Maka berdasarkan inskripsi batu nisan Siti Raniah yang bertarikh tahun 1192 Hijrah bersamaan tahun 1778 Masihi itu Siti Raniah meninggal dunia dalam zaman pemerintahan Sultan Muhammad Tajuddin pada tahun 1778 Masihi, menunjukkan Sultan Muhammad Tajuddin menaiki takhta kerajaan sebelum tahun 1778 Masihi, dan ayahanda baginda Sultan Omar Ali Saifuddin I menyerahkan takhta kerajaan itu kepada anakanda baginda Sultan Muhammad Tajuddin sebelum baginda lindung pada tahun 1795 Masihi.

والله أعلمُ



http://www.history-centre.gov.bn/sultanbrunei.htm

Sultan Omar Ali Saifuddien I (TM 1740-1795)

Baginda naik takhta pada tahun 1740. Pada tahun 1775, menitahkan Pengiran Temenggong Pengiran Ampa mengeluari angkatan Suluk yang diketuai oleh Datu Teting yang hendak melanggar Brunei dan berjaya mengalahkannya. Baginda lindung pada tahun 1795.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1740 - 1795 H.H. Paduka Sri Sultan Omar 'Ali Saif ud-din I ibni al-Marhum Sultan Muhammad Ala ud-din [al-Marhum Makam Besar], Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Brunei Dar us-Salam. b. before 1730, second son of H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad 'Ala ud-din ibni Pangiran di-Gadong Pangiran Shah Mubbin, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, by his first wife, Y.A.M. Pangiran Babu Sri Banum, daughter of Y.A.M. Paduka Sri Pangiran Bendahara Sri Maharaja Permaisuara Pangiran Untong, educ. privately. A great warrior, he invaded the Philippines and took Manila in 1769. Abdicated his administrative powers in favour of his eldest son, whom he appointed as deputy ruler 1780. Thereafter styled Yang di-Pertuan Besar until his death. m. (first) H.H. Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Putri, second daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Husain Kamal ud-din Malik al-Zahir ibni al-Marhum Sultan Haji Muhammad 'Ali, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. m. (second) H.H. Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Nur Alam, younger daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Husain Kamal ud-din Malik al-Zahir ibni al-Marhum Sultan Haji Muhammad 'Ali, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. m. (third) Y.A.M. Pangiran Istri Bongsu, widow of Y.A.M. Duli Pangiran Pemancha Sahib ul-Rai' wa ul-Mushuarat Pangiran Anak Kasim, and daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Husain Kamal ud-din Malik al-Zahir ibni al-Marhum Sultan Haji Muhammad 'Ali, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. m. (fourth) Y.M. Wan Puteh. He d. at Brunei Town, 10th July 1795 (bur. at the Royal Mausoleum, Jalan Khutbah Makam di-Raja), having had issue, six sons and a daughter.

About Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke18: 1740-78) (Malay)

Sultan Brunei Ke 19