Sultan Muhammad 'Alam [Sultan Brunei ke-22, 1826-1828]

How are you related to Sultan Muhammad 'Alam [Sultan Brunei ke-22, 1826-1828]?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan Muhammad 'Alam [Sultan Brunei ke-22, 1826-1828]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Sultan Muhammad 'Alam @ Raja Api ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam

Also Known As: "Pg Muda Matalam", "Raja Api", "Paduka Raja", "Sultan Panji Alam"
Birthdate:
Death: 1895
Place of Burial: Kg. Kuala Segan, Bintulu, Sarawak
Immediate Family:

Son of Sultan Muhammad Kanzul 'Alam (Sultan Brunei ke21: 1807-22) and Pg Anak Salama @ Salmah binti Pg Seri Rama
Husband of Pg Isteri Nur Lana @ Puteri Maying Lana binti Raja Kaya Jaban
Father of Pg Anak Nur Alam binti Sultan Muhammad ‘Alam; Pg Anak Salama binti Sultan Muhammad Alam; Pg Muhammad Jaya ibni Sultan Muhammad Alam; Pengiran Muhammad Daud ibni Sultan Muhammad Alam; Pengiran Rauf Sultan Muhammad Alam and 3 others
Brother of Pg Bendahara Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Pg Anak Badaruddin ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Pg Muda Muhammad Ahad ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam; Pg Muda Mohammad Tajuddin; Pg Anak Jaafar ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam and 3 others
Half brother of Pg Babu Jubaidah binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Raja Isteri Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Pg Babu Simpul binti Sultan Muhammad Kanzul Alam; Pg Anak Puteri Seri Banum binti Sultan Muhammad Kanzul Alam; Awang Salleh and 11 others

Managed by: Dayang Surena Abang Basri
Last Updated:

About Sultan Muhammad 'Alam [Sultan Brunei ke-22, 1826-1828]

22. SULTAN MUHAMMAD ALAM (TM 1826-1828)

Baginda adalah [Sultan Brunei ke-22, 1826-1828] yang memerintah ketika hayat ayahandanya hingga tahun 1828. Ayahandanya yang juga dikenali dengan Pg Digadong Ayah berkahwin dengan Pg Isteri Pg Anak Saleha binti Pg Pemancha Pg Anak Kasim berputerakan Pg Muda Muhammad Alam. Baginda juga membawa nama Pg Muda Matalam. Oleh kerana baginda masyhur dengan kekuatan dan gagah, Sultan Muhammad Alam terkenal dengan bermacam-macam gelaran. Baginda dikenali sebagai Raja Api (Brunei), Paduka Raja (Bintulu) dan Sultan Panji Alam (Miri).

Sultan Muhammad Alam adalah adik-beradik seibu sebapa dengan Pg Muda Hashim dan Raja Isteri Pg Anak Nur Alam Muratunnisa (bonda kepada Sultan Omar Ali Saifuddin II). Sebelum ditabalkan menjadi Sultan, baginda dikenali dengan Pg Bendahara Pg Muda Muhammad Alam. Kekanda ipar baginda yang sebelum ini menjadi Sultan (Sultan Muhammad Jamalul Alam I) telahpun mangkat pada tahun 1804. Putera baginda Pg Muda Omar Ali Saifuddin masih kecil semasa kemangkatan baginda. Oleh itu jawatan Sultan dipegang kembali oleh ayahanda Sultan Muhammad Jamalul Alam I iaitu Sultan Muhammad Tajuddin. Semasa baginda naik takhta kali kedua ini, usia baginda sudah lanjut. Baginda mangkat pada tahun 1807 dan takhta pula dipangku oleh adinda baginda iaitu Pg Digadong Ayah Pg Muda Muhammad Kanzul Alam yang kemudian dikenali sebagai Sultan Muhammad Kanzul Alam. Bagaimanapun semasa pemerintahan Sultan Muhammad Kanzul Alam, kuasa pentadbiran negara lebih banyak dikuasai oleh anakanda baginda Pg Muda Muhammad Alam. Ini terbukti apabila didapati surat-surat kerajaan Brunei yang dikirim kepada pihak Inggeris di Singapura menggunakan nama beliau. Namun begitu ada juga berpendapat pada masa itu Sultan Muhammad Kanzul Alam sedang sakit sebab itu tugas pentadbiran negara diambil oleh Pg Muda Muhammad Alam dan secara tidak rasmi menjadikan beliau dan bergelar sebagai Sultan Muhammad Alam. Dalam foklor Brunei, baginda juga dikenali sebagai Raja Api atau Raja Marak Berapi. Ketika baginda naik takhta, Pg Muda Omar Ali Saifuddin telah pun dewasa. Takhta kerajaan Brunei memang menjadi milik kepada beliau setelah kemangkatan Sultan Muhammad Kanzul Alam.

Tindakan Sultan Muhammad Alam ini memang tidak adil dan dianggap sebagai merampas kuasa dari pihak yang berhak. Ia juga melanggar wasiat Sultan Muhammad Tajuddin yang telah mewasiatkan supaya takhta kerakaan diberikan kepada Pg Muda Omar Ali Saifuddin apabila beliau sudah dewasa. Ketika Sultan Muhammad Alam naik takhta memang beliau sudah pun dewasa dan layak untuk menjadi Sultan. Apabila Sultan Muhammad Alam mengambil alih kekuasaan Kesultanan Brunei, ia telah menimbulkan kemarahan dan rasa kurang senang terutama kepada Raja Noralam, bonda kepada Pg Muda Omar Ali Saifuddin. Raja Noralam adalah kekanda kepada Sultan Muhammad Alam. Oleh kerana kenaikan takhta Sultan Muhammad Alam dianggap tidak memenuhi aturan dan adat istiadat diraja Brunei, maka Raja Noralam dengan mudah mendapat sokongan yang padu dari pembesar Brunei seperti Dato Perdana Menteri dan Jawatan Munap. Majoriti rakyat Brunei menentang pemerintahan Sultan Muhammad Alam kerana kenaikkan takhta baginda bukan sahaja tidak mengikuti peraturan dan adat istiadat diraja Brunei tetapi juga baginda melaksanakan pemerintahan begitu keras dan tegas. Pada tahun 1823, ada utusan dari Belanda datang ke Brunei dengan niat hendak menakluki Brunei. Apabila mendengar kehebatan Pg Muda Muhammad Alam, mereka dengar lalu mereka tidak berani untuk masuk ke Brunei. Menurut cerita orang tua-tua, apabila baginda memukul orang asing, akan jauh terpelanting (terbang) kerana menurut cerita ilmunya bukan sembarangan sehingga jikalau baginda bertitah api akan kelihatan keluar apatah lagi jika baginda murka akan kelihatan percikan api tersebut. Dikatakan juga, baginda suka makan jantung anak dara untuk mempertahankan ilmunya dan suka terbang di kawasan perkarangan istana. Disebabkan mulut baginda mudah mengeluarkan api maka rakyat jelata memanggil baginda dengan gelaran Sultan Marak Berapi. Pada masa pemerintahan baginda berlaku peperangan saudara dengan adinda baginda iaitu Raja Isteri Noralam oleh sebab-sebab tertentu. Mengikut cerita rakyat Brunei, kekuatan baginda mempunyai tinggi ilmu kepahlawanannya dan seorang yang warak baginda berkebolehan terbang dari Pulau Chermin ke darat menentang pengikut-pengikut kekanda baginda. Masa pemerintahan baginda juga, Brunei pun semakin lemah pada negeri-negeri jajahan. Dicatatkan Wilayah Jajahan Brunei dari Tanjung Datu Sarawak hingga ke Kimanis, Sabah. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan diri baginda apabila baginda juga dikenali sebagai Raja Api atau Raja Marak Berapi. Tindakan yang keras ini diambil kerana ada kemungkinan Sultan Muhammad Alam mahu menghapuskan penentang-penentang beliau. Keadaan demikian tidak menyebelahi baginda kerana semakin ramai yang berpihak kepada Pg Muda Omar Ali Saifuddin. Apabila tercetus pemberontakan, maka dalam abad ini buat pertama kalinya Kesultanan Brunei mengharungi badai dan kekecohan kuasa politik. Pemberontakan ini telah mencetuskan Perang Saudara Kedua kerana sebelum ini Perang Saudara Pertama telah berlaku pada abad ke-17. Perang Saudara kedua ini tidak menjejaskan bahtera politik Kesultanan Brunei kerana penguasaannya ke atas wilayahnya dari Sarawak hingga ke Sabah masih tidak berubah. Peperangan ini hanya berlaku di kerajaan pusat dan ia tidak melibatkan wilayah-wilayah lain di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei.

Baginda bertemu jodoh dengan "Lana" sebelum berkahwin dengan Sultan Muhammad Alam. Tambahan lagi semasa itu baginda belayar sehingga ke Tatau bersama pengikut baginda. Di sana baginda telah berjumpa seorang gadis puteri raja Iban (Raja Kaya Jaban Tatau) dan memperisterikan dia dan menjadi Pg Isteri Nur Lana binti Abdullah. Baginda dinikahkan oleh Pg Sahibul Khatib Hj Damit ibni Khatib Beqir yang merupakan menteri ugama pada hayat baginda. Perkahwinan baginda dengan Pg Isteri Nur Lana berputerikan Pg Anak Nur Alam, Pg Anak Salama, Pg Anak Kassim, Pg Mohammad Jaya, Pg Muhammad Daud dan Pg Anak Abdul Kahar. Dikatakan pula baginda berkemungkinan pernah menetap di Mukim Saba, Kg Ayer Brunei sebelum baginda berhijrah ke Bintulu. Di sana baginda mempunyai keluarga yang mana Serudin adalah anak asuhan kerabat Sultan Muhammad Alam @ Raja Api sehinggalah turun temurun ke warisnya tinggal di Kg. Saba. Berdasarkan sumber lisan orang tua-tua di Mukim Saba, terdapat di kalangan kerabat-kerabat diraja terdahulu membawa diri ke Mukim Saba atas sebab-sebab tertentu yang kemudiannya merahsiakan identiti mereka sebenar ketika itu. Ini kerana, pada zaman dahulu Mukim Saba adalah sebuah kampong yang sangat digalati dan dihormati di kalangan pihak Kesultanan Brunei dan pembesar-pembesar Istana.

Terdapat beberapa sumber yang mengatakan cara-cara baginda mangkat. Satu memberitahu dalam pergelutan ini Sultan Muhammad Alam berjaya dibunuh pada tahun 1828 oleh arahan kekanda baginda Raja Noralam. Baginda dibunuh di Pulau Chermin. Kedua ada sumber lain membentangkan sebelum baginda mangkat, baginda mengambil keputusan untuk menetap di Bintulu, Sarawak dan telah menyerahkan takhta kerajaan kepada Pemangku Baginda iaitu Pg Muda Omar Ali Saifuddin II. Baginda bersama keluarga baginda serta pengikut baginda menetap wilayah Bintulu. Baginda amat digeruni oleh pahlawan Iban, kerana kewarakkan baginda dan kegagahan baginda yang membawa bersama panji 40 Kerajaan Brunei. Baginda pernah menewaskan lanun di Miri maka bergelar Sultan Panji Alam. Terdapat cerita masyarakat sekitar Sarawak bahawa baginda bersemayam pada tahun 1895 dan dimakamkan di Bukit Seruwei, Kg. Kuala Segan di Bintulu, Sarawak. Manakala mengikut tradisi lisan masyarakat Brunei, baginda memang tidak memerintah lama dan semasa pemerintahan, baginda dikatakan zalim. Baginda akhirnya telah digulingkan oleh golongan Raja Isteri Nor Alam (kekanda baginda) dan dihukum kujut di Pulau Chermin sebelum tahun 1827. Pada tahun inilah, Sultan Omar Ali Saifuddin II naik takhta dan memerintah hingga tahun 1852.

والله أعلمُ

About Sultan Muhammad 'Alam [Sultan Brunei ke-22, 1826-1828] (Malay)

SULTAN MUHAMMAD ALAM (TM 1826-1828)
Baginda adalah [Sultan Brunei ke-22, 1826-1828] yang memerintah ketika hayat ayahandanya hingga tahun 1828. Ayahandanya yang juga dikenali dengan Pg Digadong Ayah berkahwin dengan Pg Isteri Pg Anak Saleha binti Pg Pemancha Pg Anak Kasim berputerakan Pg Muda Muhammad Alam. Oleh kerana baginda masyhur dengan kekuatan dan gagah, Sultan Muhammad Alam terkenal dengan bermacam-macam gelaran. Baginda dikenali sebagai Raja Api, Paduka Raja dan Sultan Panji Alam.